COD Shaklee Kerteh

Kencing yang tidak dapat dikawal | urinary Incontinence

 

image

Okeh, nak tunaikan janji:) Boleh tonton video ainin dekat FB Ainin Sofia Mohamad Napi

Mingu lepas, ainin dapatlaa hadir talk pasal urinary incontinence. Apa tuuu? Basically urinary incontinence ni adalah cabang kepada overactive bladder, yang menyebabkan kencing tidak terkawal dan tidak dapat dikawal.

Selalunya, benda ni terjadi kepada golongan emas dalam kalangan ladies, masa bersin, batuk, ketawa, angkat barang berat dan sebagainya, kesian tauu, sebab bila perkara ni terjadi, ini sangat menganggu kehidupan sosial dan peribadi seseorang wanita tu.

Sebenarnya, orang-orang muda pun ada possibility untuk kena. Kenapa sebenarnya benda ni terjadi? Sebaabb otot pelvic mereka atau otot yang menyokong pundi kencing dan salur kencing dah jadi lemah.

Otot-otot tu ni jadi lemah, biasanya kerana kehamilan, normal birth giving, obesiti, batuk kronik, banyak buat kerja-kerja berat dan keturunan pun adalah salah satu punca dia jugaklaa.

Dan jangan risau, inshaaAllah isu ni boleh dirawat dan possibility untuk kembali normal tu ada:)

First option yang duketor akan suggest ialah bladder training dengan catatan bladder diary. Dr Bahiyah pesan, kalau kita tengah rasa-rasa untuk membuang air kecil, seboleh-bolehnya, jangan terlalu melayan, sehingga SANGAT kerap pergi ke toilet. Nanti otot yang mengawal pundi kencing menjadi lemah dan pundi kencing juga akan otomatik jadi mengecut.

Jadi, latihan ini sangat penting dalan bladder training.

Siapa pernah dengar pasal Kegel exercise? Haa exercises ini pun penting untuk melatih kembali otot pelvic, tak limited hanya pada orang yang menghadapi isu urinary incontinence, tapi juga ibu-ibu yang sudah bersalin mahupun yang sudah berkahwin.

Selalunya doktor akan pilih option ni dulu, dengan bantuan physiotherapist. Then, patients kena konsisen dengan exercises ni dulu for a few months.

Approach yang lain adalah pharmaceutical, botox dan surgeryy. Haa botox pun boleh merawat. Tapi tulah, approach ini ada jangka masa yang limited dan surgery pun orang tak prefer sangat kerana bersifat ‘invasive’.

Dan nak tahu takk, Kegel exercise ataupun bladder training tuh sangat membantu kita ladies, walaupun kita kena urinary incontinence ataupun tidak. Rajin-rajinlah exercises!

Nak tahu exercises tu macammanaaa?
Boleh google kegel exercises atau seek info from the physiotheraphyst:)

Persoalan fiqh dan ibadat pulak, ofkoslaa sangat stress kann dengan isu nak jaga wudhu. Kadang kadang kita dah berwudhu, tetiba, terkencing pulee. Macammana pulak bila benda ni terjadi masa tengah solat?

Apabila perkara ini berlaku, kita treat dia macam isu istihadah. Means, cuci sehingga yakin, ambil wudhu selepas masuk waktu dan pakai pantiliner atau pampers supaya kita dalam keadaan suci untuk beribadah. Jika terbatuk ketika solat dan jadi tak suci balik, perkara ini dimaafkan dan kita boleh meneruskan solat seperti biasa โค๏ธ

Semoga membantu!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s