Al-quran

Hujan dan Ramadhan

Analogi indah.

Ramadhan – Hujan Lebat Penuh Dengan Rahmat

Seorang ulama’ telah menulis bahawa Ramadhan adalah umpama hujan yang lebat. Walaupun semua orang berpeluang untuk mendapat sebanyak air yang penuh keberkatan yang Allah SWT kurniakan, tetapi tak semua mendapat air yang sama banyak.

Ini adalah kerana banyaknya air yang kita perolehi bergantung kepada sebanyak mana air yang dihajati dan sebesar mana takungan yang kita sediakan.

Seandainya kita hanya menyediakan sebuah cawan untuk menakungi air yang mencurah-curah itu maka kita akan mendapat secawan air. Sekiranya sebuah baldi yang disediakan, maka yang kita perolehi hanyalah sebaldi air. Jika kita mampu menyediakan takungan seluas tasik, maka akan kita perolehi sebanyak itu pula air hujan yang Allah SWT kurniakan.

Demikian pula halnya dengan Ramadhan. Banyak manakah kurniaan Allah SWT dalam Ramadhan yang kita hajati dan persediaan apa pula yang kita lakukan untuk mendapat kelebihan bulan yang penuh dengan kelebihan ini.

Marilah kita semampu mungkin menagih keampunan Allah dan kasih-Nya dan terus menerus menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disyari’atkan oleh Allah SWT untuk menyuci dan merawat hati kita. Semoga mendapat sebaik-baik ganjaran.

Credit : Ustazah Fatimah Syarha

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s