COD Shaklee Kerteh · Kitab Cahaya Masa

Perhimpunan 1000 Penulis

Alhamdullilah, hari ini Ainin disempatkan untuk hadir di perhimpunan 1000 penulis di PWTC sempena PBAKL 2017. Banyak slot yang dimuatkan bermula dari pukul 8 pagi sehingga zohor.

image

Ainin daftar pada bulan lepas, dengan yuran pada hanya RM 30.

 

Ainin sampai sebaik sahaja slot pertama selesai iaitu ucaptama. Bertolak dari KTM Padang Jawa ke KTM Putra. Sampai di hentian Putra, jalan kaki ke PWTC Dewan yang sebelah sungai.

image

Slot kedua

Terus, Slot kedua disambung dengan perkongsian 4 orang penulis daripada Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia iaitu Aan Mansyur, X dan Gina Yap dan bagaimana penulisan merentas bangsa dan generasi. Uniknya, mereka sangat fasih dalam berbahasa melayu! Sangat impress dengan their own motivation untuk terus menulis.

Aan mansyur berkongsi bahawa beliau sudah lama bergiat dengan puisi dan menujukan puisi untuk anak muda yang tidak suka puisi. En Abd razak pula adalah seorang academician di salah satu universiti di Thailand. Tanggungjawab yang berat sebagai pensyarah dan penulis lebih lebih lagi ideanya datang semasa mengajar atau meeting memaksa dia mencatat idea utama di atas kertas. Selepas waktu bekerja, terus menyambung kerja-kerja penulisan.

Kata beliau, begitulah kehidupan seorang yang penulis sebagai pensyarah.

“kita punya kehidupan kita sendiri sebagai penulis”
“saya mula menulis selepas waktu pejabat sehingga larut malam”
“penulis itu adalah his real self manakala pensyarah pula untuk menyara keluarga”

Rata-rata, niat penulis adalah bukan untuk menerbit tetapi lebih kepada suka dan self expression.

Kongsi Gina, beliau memilih bahasa melayu sebagai pilihan sejak dari kecil.

Pak Habib pula yang sudahpun 70 series menekankan agar kita sentiasa isikan penulisan kita dengan hal-hal kerohanian. Beliau juga adalah pengasas kepada University of Life.

Ainin tertarik dengan kata-kata En Ab Razak bahawa rezeki penulis berbeza beza. Kata salah seorang penulis juga, bukunya tidak pernah menjadi paling laris, tapi bukunya merentas benua.

Pada slot itu, ada audience bertanya tentang bagaimana karya boleh menerobos negara dan apakah usaha yang telah dilakukan? Kata salah seorang panel, beliau menyebut bahawa benih yang baik, di mana jatuh tetap menjadi pulau. Jadi, sebenarnya, karya itu sendiri haruslah punyai kualiti yang tinggi dahulu. Ke mana pun karya itu pergi, tetap akan ada nilainya yang tersendiri.

Slot ketiga

Forum Apresiasi Sastera oleh Generasi muda

image
Slot ini sangat interaktif. Antara perkongsiannya adalah, kongsi Dr Fadh razy, Appresiasi Sastera ialah daripada pembaca sebenarnya. Pembaca punya porsi hak untuk dalam menghargai sastera.

Penulisan, harus consider dua benda.
1. Bina CONTENT, bukan trend semata-mata.
2. Harus ada nilai KOMERSIAL.

 

Hilal asyraf pula menulis secara serius sejak 18 tahun. Beliau banyak dibentuk oleh kitab kitab dan buku buku agama sepanjang pembelajarannya.

image

Paling suka perkongsian daripada ZF Zamir. kalau awak jumpa mana-mana video live di Facebook untuk sesi ini, mainkanlah.

Ainin’s take home message daripada beliau, Zaman sekarang sudah zaman buat. Bukan lagi zaman tunggu.

image

“Karya yang baik ialah karya yang menggerakkan tindakan. Karya yang memberi impak”

Hilal Asyraf

image
‘Hadiah-hadiah’ Perhimpunan Penulis

Daripada slot ini, terlalu banyak input yang Ainin dapat yang Ainin masih tidak berkongsi di sini.

Slot seterusnya pula, Ainin tertarik dengan penyataan moderator forum Adapatasi Filem dari Novel, dengan speaker Trinity dan Ramli Awang Mursyid,

Di Indonesia, mereka banyak berpegang kepada kata kata Steve Jobs. “penonton tidak tahu apa yang bagus untuk mereka tonton. Pengkarya yang patut memberikan yang bagus bagus kepada penonton”.

Kerana itu, banyak filem yang ditayangkan di Indonesia diadaptasi dari novel novel bestseller yang membentuk pemikiran.

Di Malaysia, penerbit lebih mengutamakan jualan dan mengutamakan apa yang orang suka. Hurmmm hurmmm

kcm
Limited Edition Booklet Kitab Cahaya Masa. 

Hari ini, iphone catat Ainin jalan 5 km untuk perjalanan ini sahaja. 3 hari ambil masa untuk lenguh-lenguh badan hilang. Alhamdullilah, ostematrix membantu.

Dan, terima kasih atas segala ilmu untuk anjuran perhimpunan ini.

Mari menulis dan mari beribadah at the same time.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s