Married life

akhlak

Ada ni. Tengah baca buku creative parenting sebab kena langsaikan task challenge buku bulan nih!
So bila masuk bab kedua ni, ada bab pendidikan anak anak bermula ketika pemilihan pasangan. Hurmmm ainin teringat nak sharing pasal satu benda ni.

Sebenarnyakan.

Ada banyakkkk sangat inbox tanya Ainin,

Macammana kita nak tahu dia jodoh kita?

Macammana nak tahu lelaki tu baik untuk kita?

I feel you.

Ainin dulu sebelum kawen, pening dia tahap apa je nak describe sebab fikirkan sesuatu yang memang kita takkan tahu.

Serius takut. Sebab seluruh kehidupan kita akan affected dengan dan tentang bagaimana dia seorang suami.

Kalau ada inbox macamtu, ainin akan jawab,

Sesuatu yang mak ainin kongsi.

Tengok macammana dia layan mak dan adik beradiknya. Sebab this will reflect how he’ll treat you soon.

Dua.

Akhlaknya.

Tiga.

Dia kacau yang bukan hak dia sebelum kawen ke tak. Bagi ainin, ini adalah tanda hormatnya pada kita.

Empat.

Ofkos takboleh tinggal, istikharah dan musyawarah.

Lima.

Tanya hati yang paling dalam. Acewah 😂

Enam

Dia bawak awak jauh dari Tuhan atau tidak.

Tapi paling paling paling penting yang ainin boleh conclude adalah: AKHLAKNYA.

Ainin dan suami kenal memang dari sekolah lagi. Tapi nak kawan masa sekolah tu macam hurm hurm segan dia lain sikit eh eh 🙈

Tapi ainin ingat satu babak memori tuh masa form 3. Ainin nampak suami ainin bawak gayung masuk toilet lelaki sebab nak amek air, nak kemas kelas gotong royong yang masatu semua lelaki pergi outing. Ada laa dua tiga orang kot lagi guys lain yang tak pergi outing.

Tapi entah kenapa haritu dia rajin tolong geng girls kelas dia kemas kelas. Beliau taknampak ainin pun sebab ainin dekat belakang dia haha. Agak jauh. Jadi ainin boleh lah nak pre-judge sebab dia taknampak ainin dan dia tak niat nak tunjuk tunjuk pun sebab masa tu level bawah memang tade orang.

Agak sweet la kan lelaki bawak gayung sebab nak kemas kelas kan 🙊

Nampaklah dah melting masatu 😑 okay bocor satu rahsia. Tersentuh, sampai sekarang ingat lagi kan 😋

Tapi betullah. Tak jauh beza pun akhlak sebelum kawen dan selepas kawen. Macam contoh sekarang beliau memang tiptop kemas rumah , rajin masak tuh. Saya memang kalah 😑

Dan bythewayyy alhamdullilah orang orang yang bertanya ainin nih, dah selamat kawen, selamat bertunang dah pon . alhamdullilah i’m happy for all of youuu 😁

Konklusinya nak bagitahu,

Pilihlah ibu kepada anak anak kita dan pilihlah ayah kepada anak anak kita. Kalau pening jugak, lihatlah akhlaknya. Akhlak dialah yang play the big role in guiding us soon.

Selepas kita decide, memang kita takkan tahu pilihan kita salah ke betul ke.

Selepas itu, percaya kita pada Tuhan, letak tinggi tinggi ❤️

Nah, untuk yang inbox ainin 😊

Lama dah tak sharing pasal notakawen kannnn

.

.

.

Just #share,

No need to ask 😊

cuma kreditkan link saja okay? 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s